Kapal China Sertai Carian MH370

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 2:28 PM

Kapal Dong Hai Jiu 101. foto:Internet

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Sebuah kapal dari China akan menyertai misi carian pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, kata Timbalan Perdana Menteri Australia, Jumaat, ketika nasib pesawat itu masih jadi misteri setelah hampir dua tahun hilang.

Dong Hai Jiu 101 akan menyertai tiga kapal lain dari firma Fugro di Belanda - Fugro Discovery, Fugro Equator dan Havila Harmony yang kini melakukan carian di selatan Lautan Hindi, di luar pantai Australia Barat di mana pesawat itu dipercayai terhempas selepas menukar laluan penerbangan.

Membawa 239 penumpang dan anak kapal, pesawat itu hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur-Beijing pada 8 Mac 2014.

Setakat ini, hanya satu bahagian flaperon berukuran dua meter panjang yang terdampar di pantai pulau Reunion di Lautan Hindi pada Julai lalu telah disahkan sebagai milik pesawat itu.

"Kapal itu, yang ditawarkan kepada Perdana Menteri Malcolm Turnbull oleh Perdana Menteri Li Keqiang bagi pihak Republik Rakyat China pada bulan November 2015, akan melaksanakan operasi mencari di selatan Lautan Hindi," kata Timbalan Perdana Menteri Warren Truss dalam satu kenyataan.

"Jumlah nilai sumbangan oleh Republik Rakyat China, termasuk kapal, adalah sekitar AUD$20 juta (AS$14 juta)."

Dong Hai Jiu 101 ditetapkan berlepas dari Singapura ke Australia pada Ahad dan menyertai carian yang setakat ini meliputi 85,000 kilometer persegi (32.820 batu persegi) dari zon carian seluas 120,000 kilometer persegi, pada penghujung Februari, kata Truss.

Pihak berkuasa Australia berkata jika tiada petunjuk baharu selepas pencarian di 120,000 kilometer persegi selesai, zon carian tidak akan diperluaskan.

Keluarga dan waris mangsa di atas kapal MH370 telah mengkritik syarikat penerbangan dan kerajaan Malaysia kerana gagal memberikan jawapan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan