Pengubahsuaian Bajet Jimat RM9.0 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Khamis mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian kepada Bajet 2016, yang akan menjimatkan RM9.0 bilion dari segi perbelanjaan operasi dan pembangunan, yang diumumkan pada Oktober 2015.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM267.2 bilion dalam Bajet 2016, dengan perbelanjaan operasi berjumlah RM215 bilion manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM49 bilion.

Ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sasaran kadar defisit untuk 2016 kekal pada 3.1 peratus berbanding KDNK seperti yang diumumkan sebelum ini.

Beliau menegaskan Malaysia tidak mengalami kemelesetan ekonomi mahu pun kemelesetan teknikal.

Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan KDNK 2016 disemak semula kepada 4.0 hingga 4.5 peratus dengan andaian purata harga minyak mentah Brent pada US$30 hingga US$35 dolar Amerika setong.

Najib berkata kadar hutang negara akan terus berkurangan dan tidak melebihi paras berhemat 55 peratus kepada KDNK.

Dasar monetari juga adalah akomodatif dan kadar faedah dikekalkan pada paras yang menyokong kegiatan ekonomi dalam negeri.

Ini bermakna kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit. 

Tags / Kata Kunci: Bajet 2016

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan