"Tak Payah Guna Perkataan Cabar" - Pengerusi SPR

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 1:27 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah meminta agar perkataan 'cabar' tidak digunakan terhadap dirinya dan badan itu.

Katanya perkataan tersebut kurang sesuai digunakan dalam masyarakat di Malaysia.

"Saya ada terbaca dalam surat khabar ada pihak yang cabar pengerusi baharu SPR.

"Tak payah guna perkataan 'cabar', guna 'rayu' ke...'minta' ke...itu lebih sempurna. 'Cabar' itu kasar, tak sesuai dengan budaya kita," katanya pada sidang media di Wisma SPR di sini, Khamis.

Sidang media ini adalah yang pertama diadakan selepas beliau dilantik sebagai pengerusi SPR menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff yang tamat perkhidmatan selepas tujuh tahun bertugas.

Hashim yang sebelum ini memegang jawatan timbalan pengerusi badan itu selama setahun berkata, beliau sedar dirinya menggalas tanggungjawab berat dan cabaran getir bakal menanti.

"Saya tahu tanggungjawab ini bukan ringan dan mudah kerana ia membawa bersama harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kesinambungan sebuah badan pengurusan pilihan raya yang bebas dan berkecuali.

"Menjadi kewajiban saya untuk mempertahankan SPR, menjaga kewibawaan, kedudukan dan imej SPR di mata rakyat," katanya.

Mengenai cabaran SPR yang sentiasa berdepan persepsi masyarakat yang mendakwa badan itu tidak bebas, Hashim menyedari perkara itu.

"Kesinambungan usaha bagi memperkasa demokrasi di negara ini akan terus dilaksanakan tanpa tunduk kepada mana-mana pihak," tegasnya.

Hashim menambah dalam hal ini orang ramai perlu diberi kesedaran yang lebih terutama dari segi tugas dan peranan sebenar SPR.

"SPR tak buat segala-galanya. Jangan keliru dengan peranan SPR yang merupakan mekanisme bebas yang dipertanggungjawabkan untuk urus pilihan raya," katanya.

Jelasnya bagi memberi kesedaran kepada orang awam, media sosial tidak terkecuali justeru beliau merancang untuk mengadakan rundingan dengan pihak berkepentingan.

Katanya, orang ramai pada masa kini ghairah bercakap tentang angka daftar pengundi tetapi kurang kesedaran tentang kepentingan keluar mengundi.

"Kesedaran keluar mengundi ini yang penting. Jangan sentiasa ingat kita tak betul...jangan guna perkataan cabar.

"Orang ramai jangan tengok kalau cuaca panas atau hujan mereka tak keluar mengundi," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPR

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan