Menteri Tidak Terlepas Siasatan Hidangan Telur Penyu - Masidi

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 2:32 PM

Gambar yang memaparkan telur penyu dihidangkan dalam sebuah majlis makan malam di Sabah.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Semua individu yang disoal pihak berkuasa berhubung siasatan hidangan telur penyu diarahkan agar memberi kerjasama sepenuhnya termasuk menteri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata sesiapa sahaja termasuk menteri dan pemimpin tempatan tidak dapat lari daripada tindakan undang-undang dan perlu memberikan kerjasama dalam siasatan tersebut.

Isu tersebut menarik perhatian masyarakat selepas gambar hidangan telur penyu di sebuah restoran dalam sebuah majlis menjadi viral di laman media sosial pada November tahun lalu.

Gambar yang tersebar itu menunjukkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob duduk semeja dengan Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib di restoran tersebut.

Masidi berkata tindakan tampil untuk memberikan kenyataan bukan membuktikan anda bersalah.

"Jangan bimbang, hanya datang dan bantu Jabatan Hidupan Liar supaya mereka boleh menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya selepas merasmikan stesen radio terbaharu Sabah, Kupikupifm di sini, Khamis.

Masidi berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa menteri yang terlibat dalam kes itu enggan memberi kerjasama kepada penyiasat.

"Pihak berkuasa hanya ingin mendapatkan seberapa banyak mungkin saksi dan maklumat supaya mereka boleh mengesan pesalah dan menyelesaikan kes tersebut," katanya.

Beliau berkata tiada alasan untuk sesiapa sahaja melengah-lengahkan proses memberikan kenyataan mereka.




iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan