Rujuk Semula Peguam Negara, Kata Panel Bebas Kepada SPRM - Berita Semasa | mStar

Rujuk Semula Peguam Negara, Kata Panel Bebas Kepada SPRM

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 4:05 PM

Musa Hassan

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinasihat supaya berhubung semula dengan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali susulan keputusannya berkaitan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Anggota Panel Khas SPRM, Tan Sri Musa Hassan berkata, Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Khas berkenaan mendapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan semula berhubung keputusan itu.

"PPO dan Panel Khas SPRM memberi perhatian terhadap keputusan Peguam Negara berkaitan kes RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd.

"Kedua-dua panel menasihatkan SPRM supaya berhubung semula dengan Peguam Negara berkaitan keputusannya," katanya bagi pihak dua panel tersebut kepada pemberita di bangunan SPRM di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas dua panel tersebut mengadakan mesyuarat bersama SPRM berhubung keputusan Peguam Negara yang meminta badan itu menutup dua kes itu kerana mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bebas daripada salah laku.

Bekas ketua polis negara itu berkata demikian selepas dua panel tersebut mengadakan mesyuarat bersama SPRM berhubung keputusan Peguam Negara yang meminta badan itu menutup dua kes itu kerana mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bebas daripada salah laku.

Mesyuarat berlangsung selama kira-kira lima jam, namun Timbalan Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Shukri Abdull yang meninggalkan ibu pejabat SPRM paling awal enggan mengulas lanjut mengenai mesyuarat itu.

Musa berkata dua panel yang bermesyuarat menghormati keputusan Mohamed Apandi yang mengarahkan supaya kes itu ditutup.

Empat lagi ahli panel adalah Datuk Mohd Noor Abdullah, Datuk Zamani Abdul Ghani, Lim Chee Wee dan Datuk Zuraidah Atan.

Bagaimanapun katanya, sebagai panel bebas, ia bertindak mewakili pandangan orang ramai yang mahukan penjelasan.

"Kita (panel) tak cabar, kita hormat keputusan Peguam Negara, kena hormat dan SPRM pula ada lima ahli panel bebas ini yang beri nasihat kepada mereka.

"Panel bebas ini tak boleh libatkan diri dengan Peguam Negara kerana kita mewakili pandangan orang ramai, kita mahu supaya rakyat faham mengapa sesuatu perkara itu dibuat begitu," katanya.

Pada Rabu, SPRM melalui kenyataan media memutuskan untuk merujuk keputusan Peguam Negara yang mengarahkan pihaknya menutup dua kes itu kepada PPO.

"Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan kepada PPO, salah satu badan bebas yang dibentuk kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM.

"Salah satu terma rujukan PPO adalah memberi pendapat berhubung tindakan kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya," menurut SPRM.

PPO dipengerusikan Tan Sri Dr Hamid Bugo dan dianggotai Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Prof Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.






   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan