Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Pesawat Di Pantai Besut

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 7:36 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Penduduk Kampung Beting Lintang, dekat sini gempar dengan penemuan satu objek didakwa serpihan bangkai pesawat di pantai Beting Lintang dekat Kampung Raja di sini petang Rabu.

Difahamkan serpihan bangkai pesawat itu dijumpai seorang tukang rumah ketika sedang berjalan di situ bersama anaknya.

Penemuan serpihan itu sekali gus menimbulkan spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.

Lelaki yang menemui serpihan itu, Zakaria Muhammad, 26, ketika ditemui berkata, ketika menemui serpihan logam besar itu tidak terlintas dalam fikirannya ia adalah bangkai pesawat MH370 yang hilang dua tahun lepas.

"Bagaimanapun, setelah merapati objek sebesar kira-kira dua meter panjang di samping melihat akan bentuk dan warnanya, baharulah terlintas ia mungkin ada kaitan dengan pesawat (MH370) yang hilang sebelum ini.

Apabila saya menariknya keluar dari air, saya bertambah yakin dan dapati objek itu merupakan kepingan logam tahan karat aluminium, katanya kepada Bernama.

Zakaria berkata terdapat beberapa individu dipercayai terlibat dalam bidang penerbangan telah datang melihat serpihan itu hari ini dan mereka mendakwa serpihan berkenaan dipercayai sebahagian daripada enjin pesawat.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah diketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan objek yang didakwa serpihan pesawat berkenaan.

Menurut Khaled, pihaknya telah menghantar anggotanya ke lokasi itu untuk memeriksa dan mengawal objek berkenaan dan ia akan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini secepat mungkin.

Kami belum dapat sahkan apakah serpihan logam itu yang sebenarnya tetapi dakwaan mengatakan ia menyerupai bahagian enjin pesawat., kata Khaled lagi.

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan