Pelepasan Cukai Manfaat Dua Juta Pembayar Cukai - Najib

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 1:45 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi pelepasan cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan langkah ini, walaupun kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM350 juta, namun ia dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475.

"Khabar gembira ini akan memanfaatkan seramai dua juta pembayar cukai," katanya pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini Khamis.

Dalam Bajet 2016 yang diumumkan Oktober tahun lepas, kerajaan menaikkan cukai pendapatan kepada 26 peratus daripada 25 peratus bagi individu berpendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta manakala pembayar cukai dengan pendapatan melepasi RM1 juta, kadar cukai dinaikkan kepada 28 peratus daripada  25 peratus.

Dalam pembentangan Bajet 2016 sebelum ini, pelepasan cukai bagi anak di bawah 18 tahun dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,000 mulai taksiran 2016.

Pelepasan cukai bagi individu yang isteri tidak mempunyai pendapatan, juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan