PAS Akan Terus Kerjasama Dengan Umno Dalam Isu Agama

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 10:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS akan terus bekerjasama dengan Umno dalam perkara berkaitan agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Katanya PAS sebelum ini turut bekerjasama dengan Umno dalam isu berkaitan hudud di Kelantan.

"Selepas ini, PAS akan turut bekerjasama dengan Umno untuk memberi pendapat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak yang berkaitan berhubung sistem pentadbiran Islam di Malaysia," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa majlis minum petang bersama pengamal media anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Taman Tun Dr Ismail, di sini pada Khamis.

Isu kerjasama Umno dan PAS kembali diperkatakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno2015 menghulurkan 'tali silaturahim' kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenarnya.

Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kedua-duanya berkongsi pentas di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan Disember, tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: PAS , Umno

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan