Najib Bentang Pengubahsuaian Bajet 2016

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 12:30 PM

Najib

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi semasa untuk lebih realistik dalam keadaan pada 2016 yang mencabar.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan bajet itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini Khamis.

Bajet yang diubah suai itu akan memberi tumpuan kepada apa yang dianggap positif oleh rakyat dan pasaran.

Antara tumpuannya termasuk berkaitan dasar fiskal negara dan kewangan, langkah meningkatkan hasil negara, mengoptimumkan perbelanjaan dan menentukan keutamaan baharu.

Najib sebelum ini turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk penganalisis ekonomi, peneraju industri, anggota Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE), wakil persatuan pengguna dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memuktamadkan pengubahsuaian Bajet 2016.

Proses penglibatan dan konsultasi bersifat menyeluruh itu bertujuan mendapatkan pandangan dan cadangan untuk dijadikan pertimbangan dan asas dalam usaha membentangkan pengubahsuaian bajet.

Ketua Setiauaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan dijangka mengumumkan anggaran baharu purata harga minyak yang akan menjadi dasar bajet negara berikutan harga minyak mentah terus merosot. - BERNAMA 

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan