Menangis Pertahan Mukhriz

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang wakil rakyat Umno menitiskan air mata tatkala menceritakan bagaimana beliau 'dipaksa' untuk menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif menjelaskan bahawa beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan penyingkir kerana Mukhriz adalah "pemimpin yang disukai dan disayangi rakyat."

"Mereka (rakyat) mencari saya di mana-mana dengan harapan untuk mendapatkan sesuatu daripada saya.

"Tetapi saya berikrar untuk memberi sokongan kepada Mukhriz. Malah, saya juga memberitahu Perdana Menteri untuk memberi masa kepada Mukhriz semasa mesyuarat kami baru-baru ini.

"Mukhriz harus diberikan ruang untuk menjalankan tugas kerana beliau adalah seorang pemimpin yang disukai oleh rakyat.

"Saya melakukan yang terbaik untuk mempertahankan beliau," katanya dihadapan penyokong Mukhriz dalam satu perhimpunan di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, pada Selasa malam.

Abu Hasan bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau menandatangani akuan bersumpah berhubung penyingkiran Mukhriz.

Katanya, beliau tidak pernah menangis di hadapan isteri dan anak-anaknya, "tetapi sekarang saya sedang menangis di hadapan keluarga dan rakan-rakan saya demi sokongan saya untuk Mukhriz," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Adun Jitra, Datuk Aminuddin Omar.

Tags / Kata Kunci: Abu Hasan Sarif , Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan