Pegawai Kastam Timba Ilmu GST Di Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mula dihantar ke beberapa negara terpilih mulai Mac ini untuk menimba pengalaman negara luar dalam pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST).

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata antara negara-negara yang dimaksudkan ialah United Kingdom, Australia dan Afrika Selatan.

"Mereka akan berada di sana kira-kira dua minggu. Kita nak belajar daripada orang lain bagaimana kemungkinan fraud boleh berlaku dari pengalaman mereka yang telah lama melaksanakan cukai itu.

Kita baharu 10 bulan, orang macam kita macam budak, baru nak bertatih.

Bagaimanapun, kita sangat bersyukur walaupun baharu, tapi kita dapat laksanakan dengan baik dan sempurna setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-34 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, Khamis.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menaik taraf sistem maklumat di jabatan itu dan dijangka siap 1 Jan tahun hadapan.

"Dalam sistem baharu ini, semua pengikraran, penilaian cukai, semua akan disepadukan, tak akan ada lagi gangguan manusia. Maknanya kita boleh buat pengisytiharaan di mana-mana tetapi penilaiannya akan dibuat di satu tempat," katanya.

Ditanya mengenai persepsi GST punca harga barangan naik, Khazali berkata ia satu persepsi tidak benar, sambil membidas peniaga tidak beretika sebagai antara penyebab kenaikan harga.

"Ingat tak lagi kita, sewaktu harga minyak naik, teh tarik naik 10 sen secawan, tetapi kenapa sekarang bila harga minyak dah jatuh, teh tarik tak turun pula harga 10 sen secawan?.

Ini persoalan kita kena main-mainkan supaya etika orang berniaga kuat. Kalau tak beretika mereka sewenang-wenangnya nak cari keuntungan, maka masalahnya akan beban rakyat, jangan salahkan kerajaan kalau harga naik disebabkan oleh mereka-mereka yang tidak beretika dalam perniagaan." tambah beliau.

Tags / Kata Kunci: Kastam , GST

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan