Ekonomi Malaysia Stabil Dibantu Kutipan GST - Najib

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 12:34 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keadaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan amat stabil dan antara faktor penyumbang ialah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pihak kastam berjaya mengutip hasil lebih RM51 bilion sejak pelaksanaan GST, berbanding kutipan RM37.2 bilion pada 2014 tanpa GST.

Beliau menyifatkan pertambahan kutipan itu sebagai cukup luar biasa dan lebih tinggi daripada jangkaan asal yang membolehkan kerajaan menghadapi  ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa ini.

Berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia ke-34 di sini Khamis, Najib berkata kerajaan masih mampu menyediakan pelbagai kemudahan termasuk biasiswa dan bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebalik kejatuhan harga minyak mentah dunia kini.

"GST bukanlah untuk menyusahkan rakyat, GST (adalah) penyelamat rakyat. Dengan keadaan harga minyak jatuh kepada sekitar US$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam, tidak ada seorangpun yang kita  berhentikan termasuk pegawai lantikan kontrak," katanya.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Najib menarik perhatian bahawa sekiranya ekonomi negara tidak stabil, ia boleh menimbulkan rusuhan dan pergaduhan yang membawa kemudaratan kepada negara.

Menurutnya, pelaksanaan GST di Malaysia boleh dianggap kejayaan yang boleh dibanggakan walaupun dicemuh pelbagai pihak.

"Dalam pelaksanaan GST, kita tidak terlepas daripada pelbagai kritikan dan pelbagai pandangan yang tidak menyenangkan hati terutama dalam kalangan pembayar cukai.

"Namun, dalam konteks apa yang dilalui oleh negara lain, pelaksanaan GST di Malaysia boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang boleh kita banggakan," katanya.

Perdana Menteri menzahirkan penghargaan dan menganggap pihak kastam sebagai wira negara kerana menjayakan pelaksanaan sistem kutipan GST ke arah menegakkan kestabilan ekonomi negara.

"Saya berharap momentum yang kita usahakan ini dapat diteruskan, perkasakan jentera organisasi kita, teruskan usaha mengukuhkan keupayaan dari segi kemampuan sebagai warga kastam mahupun dari segi penggunaan sistem dan teknologi yang lebih canggih," katanya.

Dalam pada itu, Najib meminta pihak kastam mengenal pasti ancaman baharu terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata selain membantu ekonomi negara, kastam perlu turut memastikan ancaman keselamatan, pemerdagangan manusia dan aktiviti penyeludupan tidak menjejaskan negara ini.

"Tugas dan tanggungjawab kastam telah berubah, kita sudahpun melalui zaman menentang komunis, melalui zaman tembok Berlin runtuh.

"Kita sekarang meniti era di mana segala-galanya mencabar, lebih rumit dan jauh lebih mencabar daripada era yang lain," katanya.

Tags / Kata Kunci: ekonomi stabil , Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan