Video Militan Ugut Malaysia Disebar Sejak Tahun Lepas

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 7:45 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Video ugutan yang dikeluarkan oleh Katibah Nusantara telah disebarkan sejak tahun lepas.

Pengarah Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, kedua-dua individu yang muncul dalam video itu berbuat demikian berikutan penguatkuasaan berterusan oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Kami boleh mengesahkan bahawa kedua-dua individu berkenaan kini di Syria.

"Salah seorang daripadanya adalah dari Kedah manakala seorang lagi dari Perak," katanya kepada pemberita di luar acara Persidangan Antarabangsa mengenai Deradicalisation dan Menentang keganasan di sini pada Selasa.

Tambahnya, Bukit Aman memandang serius ancaman tersebut.

Beliau mengulas laporan muka depan The Star yang berhubung ugutan kumpulan itu kepada pihak berkuasa Malaysia serta menyeru saudara mereka di Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai mereka di Syria.

Mengenai sama ada terdapat penglibatan rakyat Malaysia dalam serangan di Jakarta, Mohamad Fuzi berkata, setakat ini tidak ada tanda-tanda berkenaan.

Ditanya sama militan Malaysia telah dilatih dengan kumpulan pengganas Indonesia sebelum menuju ke Syria, beliau berkata ia adalah tidak benar namun mengakui wujud hubungan antara kedua-dua pihak.

Seramai 157 militan telah ditahan oleh Bahagian Anti Keganasan sejak Februari 2013.

Tags / Kata Kunci: Militan , Katibah Nusantara

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan