Mesyuarat Exco Di Wisma Darulaman Jadi Tumpuan

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pihak media dihalang daripada memasuki Wisma Darulaman di sini pada Rabu, di mana mesyuarat exco yang dijadualkan dijangka diadakan.

Kira-kira 20 petugas media, ada yang datang seawal pukul 8.30 pagi, diberitahu untuk tidak memasuki bangunan itu, dengan arahan yang dikatakan datang dari pihak atasan.

Difahamkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, sebelum mesyuarat Exco diadakan.

Sehingga jam 10.15 pagi, difahamkan bahawa hanya seorang ahli exco kerajaan negeri iaitu Datuk Aminuddin Omar dilihat memasuki bangunan.

Pada pukul 11.42 pagi, Mukhriz dilihat memasuki Wisma Darulaman menggunakan kereta rasminya.

Dalam sidang akhbar Rabu lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai kumpulan yang terdiri daripada 14 ketua Umno bahagian, penggubal undang-undang negeri dan Persekutuan menyatakan mereka hilang keyakinan terhadap Mukhriz dan menggesa penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar.

Difahamkan, Mukhriz dan Ahmad Bashah telah bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak secara berasingan, tetapi Presiden Umno dan Perdana Menteri masih belum mengumumkan sebarang keputusan.

Terdapat 36 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah, dengan BN memegang 21 kerusi (19 dari Umno dan dua dari MCA) dan pembangkang 15 kerusi.

Menurut laporan berita baru-baru ini, dua wakil Umno yang tidak menandatangani akuan berkanun untuk menyingkirkan Mukhriz adalah adalah Mukhriz sendiri dan Aminuddin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan