'Tak Demokratik' Singkir MB Kedah Guna Akuan Bersumpah

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 3:32 PM

Datuk Mahfuz Omar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menggunakan akuan bersumpah (SD) untuk menggulingkan menteri besar adalah tindakan tidak demokratik, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata adalah lebih baik jika krisis kepimpinan Kedah diselesaikan secara dalaman dalam Umno berbanding mengubah menteri mesar kerana ia boleh memberi kesan kepada kerajaan negeri secara keseluruhan dan rakyat.

"Kami percaya langkah terbaik adalah mengekalkan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Beliau mempunyai kelemahan tetapi kita tidak melihat keperluan untuk menukar menteri besar pada ketika ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Beliau berkata adalah lebih baik jika perkara itu telah diputuskan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Walaupun dengan cara itu, kami bimbang ia menjadi sesuatu yang dirancang dan bukan berdasarkan hati nurani setiap wakil rakyat," beliau mendakwa.

Kedah berdepan krisis politik apabila 14 ketua Umno bahagian Kedah menggesa agar Mukriz disingkirkan sebagai menteri besar.

Terdapat 36 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah, dengan BN memegang 21 kerusi (19 dari Umno dan dua dari MCA) dan pembangkang 15 kerusi.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan