SPRM Nafi Tolak Keputusan Peguam Negara

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 8:10 PM

Rohaizad Yaakob

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan agensi bebas itu menolak keputusan Peguam Negara berhubung arahan penutupan kes SRC International dan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob berkata keputusan untuk merujuk kes membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) adalah prosedur biasa.

"Ini merupakan prosedur yang diperuntukkan dalam mengurus kes sebelum mana-mana kes ditutup.

"Justeru tindakan merujuk kes Perdana Menteri kepada panel ini adalah satu proses biasa dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai menolak keputusan yang diputuskan Peguam Negara," katanya menerusi kenyataan pada lewat petang Rabu.

Terdahulu, SPRM memutuskan untuk merujuk keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkaitan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kepada PPO.

Ia susulan keputusan Peguam Negara yang mengarahkan SPRM menutup kes berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan Peguam Negara adalah mutlak mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru tegas Azalina, semua pihak termasuk SPRM tidak seharusnya mencabar keputusan Peguam Negara dalam kes berkenaan.

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan