RM2.08 Bilion Daripada Kerabat Diraja Arab Saudi, Lapor BBC

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 12:30 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu sumber dari Arab Saudi telah mengesahkan dengan British Broadcasting Company (BBC) bahawa dana $681 juta (RM2.08 bilion) telah disalurkan dari negara teluk itu ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber yang tidak dinamakan itu, yang didakwa BBC sebagai satu 'kedudukan yang baik', berkata pembayaran itu dibenarkan oleh Allahyarham Raja Abdullah dan diperoleh daripada wang negara dan kewangan peribadi.

BBC melaporkan bahawa wang yang disumbangkan itu adalah untuk membantu Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum 2013.

Menurut BBC, sumber itu berkata, sumbangan itu juga dibuat untuk menggagalkan pengaruh Ikhwanul Muslimin.

BBC juga menjelaskan bahawa pengasas parti pembangkang PAS telah diilhamkan oleh Ikhwanul Muslimin, tetapi mengakui bahawa ia dilihat tidak mempunyai banyak sokongan di Malaysia.

Organisasi Muslim Sunni, Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan di Mesir tetapi telah berkembang untuk mempengaruhi parti-parti politik lain di seluruh dunia.

Semasa sidang akhbar pada Selasa, Peguam Negara membebaskan Najib tanpa apa-apa kesalahan jenayah.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali menyatakan bahawa sumbangan peribadi' berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion), yang asalnya dikatakan (AS$ 700 juta) RM2.6 bilion, telah diberikan oleh kerabat diraja Saudi 'tanpa apa-apa balasan' dalam beberapa pemindahan antara Mac hingga April 2013 sebelum PRU ke-13 pada 5 Mei.

Peguam Negara berkata AS$ 620 juta (RM1.89 bilion) telah dikembalikan kepada kerabat diraja Saudi pada bulan Ogos 2013 kerana 'jumlah wang itu tidak digunakan'.

Baki AS$61 juta (RM186 juta) tidak diambil kira, kata BBC.

Putera Turki bin Abdullah, seorang anak raja, dipercayai mempunyai 'banyak hubungan di Malaysia', kata laporan itu.

Sumber itu mendakwa bahawa sumbangan itu adalah untuk membantu BN menang PRU-13, dengan menggunakan satu pasukan komunikasi strategik dengan pengalaman antarabangsa, untuk membantu Sarawak dan untuk membiayai program sosial melalui kempen parti.

Arab Saudi menganggap Ikhwan Muslimin sebuah pertubuhan pengganas, menurut BBC, dan langkah itu juga dibuat memandangkan bekas Presiden Mesir Mohammad Morsi yang mengukuhkan Ikhwanul Muslimin pada masa itu.

Laporan itu menjelaskan bahawa Arab Saudi juga menyokong kewangan kerajaan tentera yang menggulingkan Morsi.

Sumber itu menjelaskan bahawa tidak ada 'apa-apa yang luar biasa' apabila kerabat diraja Arab Saudi memberikan berjuta-juta ringgit 'sumbangan peribadi' kerana ia sebelum ini telah berbuat demikian di Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan.

Apandi juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan pinjaman kerajaan RM4 bilion pada tahun 2011 kepada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang telah mengemukakan kertas siasatan, kemudiannya diarahkan untuk menutup fail.

Walau bagaimanapun, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin pada Selasa berkata bahawa "kemungkinan besar" Suruhanjaya itu akan mempertimbangkan mengemukakan rayuan kepada Peguam Negara untuk menimbang semula keputusannya dalam 'kes mudah'.


Tags / Kata Kunci: dana politik , laporan BBC , Raja Abdullah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan