Persepsi Orang Ramai Bukan Di Pihak Najib - Wan Saiful

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 9:16 AM

Wan Saiful Wan Jan

Wan Saiful Wan Jan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Banyak kesan politik akan timbul daripada pengumuman terkini 'penutupan fail' mengenai sumbangan yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Masalah politik Perdana Menteri masih belum berakhir, kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.

Dari segi persepsi orang ramai, ini bukan satu situasi menang untuk Najib walaupun Peguam Negara telah membuat keputusan bahawa Najib bersih daripada sebarang salah laku, katanya.

"Persepsi orang ramai tidak akan menyebelahi pihak Perdana Menteri.

"Malah, ramai orang akan mengatakan ini adalah keputusan yang telah dijangka tetapi mereka tidak pernah menjangkakan Peguam Negara yang akan membuat keputusan," kata Wan Saiful dalam satu kenyataan, Selasa.

"Ini adalah satu kes yang mempunyai banyak kesan politik justeru penyelesaian undang-undang tidak mungkin menjadi pengakhirannya," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sepatutnya menarik diri daripada membuat keputusan untuk membebaskan Najib daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung derma politik RM2.6 bilion.

Sebaliknya, beliau berkata, perkara itu perlu diputuskan oleh Peguam Cara Negara.

"Apandi telah dilantik oleh Najib dalam keadaan yang paling luar biasa keadaan, apabila Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba dipecat pada 28 Julai.

"Apandi sepatutnya mengelakkan diri daripada sebarang konflik kepentingan dan menarik diri daripada membuat keputusan terhadap mana-mana kes mengenai kertas siasatan SPRM berkaitan dengan Najib dalam siasatannya ke atas skandal tersebut.

"Saya mengegesa supaya Apandi mendedahkan kepada awam cadangan SPRM dalam kertas siasatan mereka berhubung 'derma' RM2.6bil dan skandal SRC," katanya.

Guan Eng menggesa kerajaan untuk membentuk panel tiga hakim yang terdiri daripada dua bekas hakim dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman untuk menentukan sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam keputusan Apandi ini.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan