Perbahasan TPPA Terkawal

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jangkaan awal sesi perbahasan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Dewan Rakyat akan mencetuskan kekecohan akhirnya meleset apabila ia berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal.

Malah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sendiri melahirkan rasa terkejut kepada media apabila sesi berkenaan berlangsung dengan baik.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman yang menyelia hal ehwal Parlimen berkata suasa perbahasan yang terkawal itu sememangnya boleh diramal kerana Mustapa dan kementeriannya telah mengadakan pelbagai sesi penerangan dengan ahli parlimen daripada kedua-dau pihak.

"Semua isu-isu yang dibangkitkan sudah didengar sebelum ini," katanya kepada pemberita.

Walau bagaimanapun, pihak pembangkang yang diketuai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kesan perjanjian perdagangan ke atas ekonomi dan kedaulatan negara.

Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) mahu satu referendum diadakan bagi menentukan sama ada orang ramai menyokong TPPA atau sebaliknya.

Beliau berkata pembangkang tidak menentang sebarang bentuk perdagangan antarabangsa terbuka tetapi bimbang dengan perjanjian yang dibuat secara 'tergesa-gesa'.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang juga Pengerusi Kaukus TPPA berkata, Malaysia telah dipuji oleh negara lain kerana mempunyai kaukus Parlimen yang berasingan bagi membincangkan secara terperinci mengenai kesan TPPA.

Katanya kaukus berkenaan berjaya mendapatkan pandangan pakar-pakar lain berhubung TPPA.

"Kita perlu akui bahawa melalui perbincangan ia telah menyediakan kita dengan pemahaman yang menyeluruh terutama kepada mereka yang tidak jelas tentang perkara-perkara tertentu," katanya.

Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berkata penggubal undang-undang perlu menilai dasar kerajaan secara objektif dan rasional.

"Kita tidak boleh menolak mana-mana dasar atas alasan yang tidak munasabah atau hujah yang tidak berasas.

"Sebagai contoh, kita tidak harus menolak TPPA berdasarkan alasan bahawa kita tidak mahu dikuasai oleh Amerika Syarikat. Pada hakikatnya, apa yang diperlukan adalah untuk kita untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dengan semua rakan dagangan utama kita," kata beliau.

Datuk Seri Azmin Ali (Gombak-PKR) berkata Selangor berjaya menarik pelabur antarabangsa dan pelaburan langsung asing walaupun tanpa menandatangani TPPA.

"Tanpa TPPA kita telah menarik banyak perdagangan dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan China. Ia menunjukkan bahawa tidak semestinya kita perlu TPPA untuk menarik pelabur," katanya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS- Marang ) menyatakan kebimbangan bahawa perjanjian itu mungkin akan membawa kesan kepada perniagaan kecil dan sederhana.

Tags / Kata Kunci: TPPA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan