"Saya Terima Apa Jua Keputusan" - Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 1:54 PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (tengah) bermesra dengan orang ramai selepas selesai Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Memohon Keamanan dan Kemakmuran Negeri Kedah di Masjid Kampung Sanglang malam Selasa. fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau menerima apa sahaja keputusan membabitkan dirinya susulan pergolakan politik di negeri ini, serta tekanan untuk beliau berundur daripada jawatannya.

Pada masa sama, beliau meminta rakyat Kedah terutama penyokongnya supaya bertenang dengan apa yang sedang berlaku dan tidak menimbulkan kekecohan.

Beliau berkata apa sahaja berlaku dalam krisis itu, biarlah sebarang keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk Kedah dan negara.

"Saya sentiasa bersedia (untuk apa jua kemungkinan). Saya tawakal, cepat atau lambat (perubahan berlaku) saya percaya kebaikan yang diperjuangkan akan menjadi kenyataan," katanya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Sanglang di sini malam Selasa.

"Saya tak takut apa jua tindakan yang (mungkin) dikenakan ke atas saya. Saya seorang yang percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya," tegas beliau.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila barisan kepimpinan Umno Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan