Krisis Politik Kedah Amaran Kepada Negeri Lain - Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 11:56 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, krisis politik yang dihadapi beliau ketika ini merupakan satu amaran kepada ketua menteri dan menteri besar lain.

Menteri besar Kedah itu berkata, krisis politik di negeri tersebut berlaku ketika keadaan 'aman' dan 'kejutan' itu menimbulkan banyak kekeliruan.

Tambahnya, beliau sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Kedah dan tidak akan mengkhianati mereka.

"Saya dipilih oleh rakyat," tegasnya.

Mukhriz turut tidak gentar atas sebarang tindakan yang diambil terhadap beliau kerana yakin apa yang dilakukan adalah benar.

Jelasnya, setiap pemimpin yang gagal menyakinkan rakyat akan turut gagal dalam pilihan raya akan datang.

Selain itu Mukhriz turut melahirkan keprihatinan terhadap masalah rakyat dan memperjuangkan untuk menurunkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada enam kepada tiga peratus.

Pada minggu lalu, seramai 14 ketua Umno bahagian mengisytihar hilang keyakinan terhadap pengerusi perhubungan Umno negeri itu yang merupakan menteri besar.

Berikutan itu, kumpulan berkenaan berharap menteri besar baru akan dilantik dalam tempoh terdekat bagi menggantikan Mukhriz.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Umno

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan