Pertukaran MB Kedah Dapat Perkenan Diraja?

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 3:07 PM

Mukhriz Mahathir.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Spekulasi bahawa perubahan politik di Kedah akan berlaku semakin hebat diperkatakan selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima mengadap Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Rabu.

Perdana limosin hitam Perdana Menteri dilihat memasuki gerbang masuk Istana beberapa minit sebelum pukul 8 pagi.

Sumber Putrajaya berkata taklimat pra-Kabinet tidak diadakan kerana Perdana Menteri perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong dan tiada mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Semua menteri dan ahli Parlimen berada di dalam Parlimen untuk persidangan khas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Sumber berkata, hasil perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan diraja bagi menukar menteri besar akan diumumkan kemudian, jika ada, akan disahkan melalui pemberitahuan rasmi yang akan disampaikan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Dengan kata lain, lampu hijau mengenai menteri besar yang baharu akan datang daripada Yang di-Pertuan Agong dan bukan daripada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Ia merupakan perkara yang pasti bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan disingkirkan sebagai menteri besar, dengan kemungkinan penggantinya adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam satu langkah yang jarang-jarang berlaku mengeluarkan kenyataan akhbar pada Selasa menafikan sebarang peranan dalam krisis politik yang sedang berlaku.

Kenyataan itu menegaskan bahawa ia adalah 'non-partisan' dan ahli-ahli majlisnya adalah neutral dan tidak berat sebelah.

Difahamkan bahawa sesetengah daripada Jemaah Pemangku Sultan Kedah kecewa mengenai laporan media bahawa pihaknya telah meminta lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan sebagai pengganti menteri besar itu. Satu laporan media juga mendakwa bahawa Istana menentang pertukaran menteri besar.

Sementara itu, Mukhriz pada Rabu seperti biasa mengadap  Jemaah Pemangku Sultan Kedah sebelum kembali ke Wisma Darulaman sejurus sebelum tengah hari untuk mesyuarat exco mingguan.

Difahamkan, anggota tiga exco negeri yang hadir. Mereka ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan