AirAsia Bersama Artis Ajak Orang Ramai Sertai Kempen #GREEN24

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2016 7:17 PM

Neelofa bakal mengacarakan program #GREEN24 pada Sabtu ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan AirAsia menjemput orang ramai mengumpul barangan kitar semula bagi menjayakan acara komuniti #GREEN24 yang akan berlangsung di APW @ Bangsar, Jalan Riong dekat sini pada Sabtu ini.

AirAsia dalam kenyataannya pada Rabu berkata, acara yang akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 2 petang itu menggalakkan orang ramai untuk membawa empat barangan bagi tujuan kitar semula seperti kertas, aluminium, botol plastik dan pakaian terpakai.

Kata kenyataan itu, lebih 20 pertubuhan alam sekitar berkumpul untuk sama-sama berkongsi informasi tentang isu perubahan iklim serta kepentingan menjaga alam sekitar.

Selain itu katanya, pengunjung juga akan berpeluang bersama barisan artis terkenal seperti Joe Flizzow, SonaOne dan Noh Salleh serta personaliti YouTube JinnyBoy dan Reuben.

Joe Flizzow (kiri) dan SonaOne.

Pelakon Neelofa akan bertindak sebagai pengacara.

Di lokasi program #Green24 itu juga, pelbagai jenis tumbuhan dan pokok akan diedarkan kepada pengunjung secara percuma sekain pelbagai aktiviti interaktif yang akan dijalankan di mana orang ramai boleh mengambil bahagian.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah penerbangan percuma ke Maldives, Auckland dan Osaka.

Kempen #GREEN24 AirAsia pertama kali dilancarkan pada November tahun lalu sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka di seluruh rantau Asean.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenainya dengan melawat airasia.com/green24
Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan