Usul TPPA Dibentang Pada Sidang Khas Parlimen Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 9:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usul untuk memutuskan tentang penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pukul 10 pagi Selasa.

Anggota Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai TPPA dalam sesi khas dua hari bermula Selasa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mencadangkan usul berkenaan untuk mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap keputusan kerajaan bagi Malaysia menjadi sebahagian anggota negara TPPA dengan menandatangani dan meratifikasi perjanjian itu.

Berdasar kepada Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada Selasa, kerajaan dalam usul itu juga akan mencadangkan Dewan Rakyat menerima kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi dan pelancongan.

Mustapa akan turut mencadangkan bahawa dalam memutuskan penyertaan Malaysia dalam TPPA, Dewan Rakyat menyeru semua pihak bersama-sama berusaha menjayakan matlamatnya.

Selepas sesi khas dua hari di Dewan Rakyat, Dewan Negara pula akan membahaskan dan mengundi isu TPPA pada 28 Januari.

Malaysia adalah antara 12 negara bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Oktober 2015. - Bernama

Tags / Kata Kunci: TPPA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan