Serpihan Ditemui Di Thailand Disahkan Bukan Dari Pesawat MH370 - Berita Semasa | mStar

Serpihan Ditemui Di Thailand Disahkan Bukan Dari Pesawat MH370

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia mengesahkan “serpihan" yang dikatakan bangkai pesawat yang ditemui di Thailand bukanlah dari pesawat MH370.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan pada tengah hari Selasa.

Menurut beliau, pasukan penyiasat khas Malaysia yang terdiri daripada Jabatan  Penerbangan Awam, pihak kementerian dan Penerbangan Malaysia mendapati nombor siri pada bahagian-bahagian yang ditemui pada serpihan tersebut  tidak menepati nombor siri sebagaimana yang terkandung di dalam manual katalog pesawat Boeing 777 milik MAS itu.

Serpihan tersebut telah ditemui terdampar di pantai Nakhon Si Thammarat di Timur Thailand sedangkan pesawat malang itu terhempas di selatan Lautan Hindi yang terletak di sebelah Barat.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Nakhon Si Tammarat
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan