Papan Iklan #BebasAnwar 'Ghaib' Di Selayang, Muncul Di Kajang & Pandan

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 1:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembangkang terus rancak menjalankan kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila papan iklan gergasi #BebasAnwar dilihat semakin bercambah di beberapa kawasan di sekitar Selangor.

Walaupun papan iklan gergasi atau billboard #BebasAnwar pertama yang dipasang di Selayang telah diturunkan baru-baru ini, pembangkang tetap meneruskan perjuangan untuk mempertahankan bekas ketua pembangkang itu apabila papan iklan dengan kata-kata 'Bebas Anwar, Bebas Rakyat' terus ditegakkan di Kajang, dan terbaharu di kawasan Pandan.

Bagaimanapun, tidak seperti di Selayang, kualiti dua papan iklan tersebut dilihat lebih rendah apabila ia hanya menggunakan plastik yang pastinya lebih mudah untuk ditanggalkan, sekali gus faktor kos yang lebih rendah.

Kemunculan dua billboard di Selangor itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan billboard #BebasAnwar menjadi tiga, di mana satu lagi telah dipacakkan di Kubang Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Kemunculan dua papan iklan gergasi ini juga telah mengiyakan kenyataan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh sebelum ini yang percaya lebih banyak billboard #BebasAnwar akan dipasang pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong yang bertanggungjawab terhadap pemasangan billboard di Selayang juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa billboard seumpama itu akan dipasang di beberapa tempat lagi yang difikirkan sesuai dalam masa terdekat.

Sebelum ini, William mendakwa pemasangan billboard di Selayang yang telah diturunkan itu mengikut prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan telah diberi permit.

Ketika diminta mengulas mengenai papan iklan itu yang 'ghaib' secara tiba-tiba, Wiiliam menafikan ia diturunkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“Kita sudah periksa, bukan MPS yang turunkannya. Siapa buat saya tak tahu, tapi bukan MPS.

“Ia bukan isu lesen. Apa yang berlaku menunjukkan kita sudah jauh dari matlamat sebenar untuk mewujudkan demokrasi matang di negara ini,” katanya.

Setakat ini, tidak diketahui nasib dua billboard terbaharu ini, apakah ia akan berada di situ untuk tempoh masa panjang atau diturunkan pihak tertentu jika ia menimbulkan rasa tidak puas hati pihak tertentu atau menggugat kredibiliti pihak berkuasa tempatan.

Tags / Kata Kunci: #BebasAnwar , kempen , billboard , William Leong , PKR

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan