Indonesia Pinda Undang-Undang Susulan Serangan Pengganas Di Jakarta

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 8:00 AM

Serangan pengganas di Jakarta menggorbankan lapan nyawa hampir dua minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Serangan bom yang meragut lapan nyawa hampir dua minggu lalu di Jakarta dan insiden di kuil Erawan, Bangkok pada Ogos 2015, kebanyakan menyasarkan kawasan tumpuan pelancong, menyuntik kerjasama baharu negara serantau untuk memerangi keganasan dengan segera.

Indonesia kini memberi tumpuan kepada langkah pencegahan dibawah rancangan pindaan undang-undang untuk menangani keganasan.

Pindaan kepada undang-undang sedia ada di Indonesia untuk membenteras keganasan di Jakarta akan memberi tumpuan kepada langkah pencegahan susulan serangan pengganas di Jakarta baru-baru ini, kata Pengarah Kerjasama Antarabangsa, Agensi Antikeganasan Indonesia, Petrus Golose.

"Pindaan akan memberi tumpuan kepada pencegahan dan kita berharap ia akan mengelakkan sebarang kejadian sebelum ia berlaku," kata Petrus.

Beliau berkata formula yang digunakan untuk meminda undang-undang tersebut tidak akan mengabaikan hak asasi manusia.

Ketika ditanya sama ada pindaan tersebut sama seperti yang dilaksanakan di Malaysia, Petrus berkata,"Kami tidak boleh membandingkan dengan Malaysia kerana ancaman yang kami hadapi berbeza. Di Indonesia, kebanyakan ogranisasi tempatan menyatakan sokongan secara terbuka kepada IS dan segelintir daripada mereka masih menyokong Al-Qaeda.

Beliau berkata walaupun kebanyakan mereka dibawa ke muka pengadilan, pindaan tersebut diperlukan untuk menggembalikan mereka semula ke ajaran Islam yang sebenar.

Lapan maut dalam serangan bom di luar Plaza Sarinah dekat Jakarta pada 14 Januari lalu.

Sementara itu, David Gersten dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) berkata usaha Amerika Syarikat pada ketika ini memberi tumpuan kepada penglibatan masyarakat dan membina hubungan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan agama, pihak berkepentingan yang lain untuk mencegahan perbuatan keganasan daripada berlaku.

Beliau berkata salah satu bidang penyelidikan adalah memaklumkan kepada ibu bapa dan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda amaran yang boleh diperhatikan apabila seseorang mungkin cenderung kepada kegiatan kumpulan pelampau.

Tags / Kata Kunci: pengganas , pindaan undang-undang , Indonesia

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan