Bekalan Barangan Basah Semasa Tahun Baharu Cina Mencukupi - Peniaga

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peniaga barangan basah di beberapa pasar borong di ibu kota yakin bekalan barangan basah tidak akan terjejas semasa sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar basah di sekitar Kuala Lumpur mendapati harga barang basah juga masih terkawal walaupun permintaannya kini agak tinggi.

Peniaga ikan di Pasar Sentul yang mahu dikenali sebagai Zainol, berkata setakat hari ini, harga ikan yang dijualnya masih berpatutan.

"Harga barang tertentu biasanya ditentukan kerajaan menerusi skim kawalan harga musim perayaan dan kita mematuhinya," katanya.

Peniaga sayur-sayuran, Ng You Loy, 52, berkata bekalan sayuran di gerai jualannya juga mencukupi bagi perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

"Setiap tahun pembekal akan sediakan bekalan yang secukupnya dan tawaran harga yang akan diberi kepada pembeli juga masih dalam lingkungan harga kawalan.

Saya tak pernah naikkan harga sesuka hati," katanya yang sudah berniaga lebih sembilan tahun di pasar borong berkenaan.

R.Lechumie, 54, peniaga sayur di Pasar Borong Selayang, berkata dia memastikan bekalan jualannya mencukupi sehingga perayaan Tahun Baharu Cina nanti.

"Saya dan pembekal sudah terbiasa dengan 'panic attack' daripada pelanggan tidak kira latar belakang bila tiba musim perayaan untuk membeli barang keperluan seperti timun, kacang panjang, kubis dan cili merah.

"Bagaimanapun harga barang keperluan ini tidak menentu kerana dipengaruhi faktor seperti iklim, kesegaran dan harga yang ditawarkan pembekal," katanya.

Seorang pembekal ayam segar, Zubir Mustapha, 33, memberi jaminan bahawa bekalan bagi perayaan Tahun Baharu Cina mencukupi.

"Permintaan ayam dan itik biasanya akan meningkat sedikit berbanding hari biasa tetapi masih terkawal," katanya yang menghantar bekalannya kepada beberapa pasar borong besar di sekitar ibu negara.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Tahun Baharu Cina , Pasar Sentul

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan