TH Minta Jangan Buat Spekulasi Tarikh Umum Bonus

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikh pengumuman bonus bagi pendepositnya bagi tahun 2015.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat TH dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata pada kelazimannya TH akan mengumumkan bonus pendepositnya pada suku pertama (Jan-Mac) tahun semasa.

Kenyataan itu menyebut TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.

Sebuah portal berita pada Isnin melaporkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meminta TH memberi penjelasan sama ada mendapat keuntungan mencukupi pada 2015 untuk membayar dividen kepada kira-kira sembilan juta penabung tahun ini.

Mujahid dilapor berkata dividen TH sepatutnya diisytiharkan pada 22 Jan seperti tahun lepas namun sehingga kini TH tidak melakukannya.

Kenyataan itu menambah TH perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.

"TH percaya hasil strategi alokasi asetnya akan dapat membantu pulangan pendapatan, walaupun 2015 dilihat sebagai tahun yang mencabar.

"Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa-apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan," katanya.

Konsep itu katanya tiada beza dengan konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan