Dr M: Penyingkiran Mukhriz Bakal Jatuhkan BN Di Kedah - Berita Semasa | mStar

Dr M: Penyingkiran Mukhriz Bakal Jatuhkan BN Di Kedah

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 2:44 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Tindakan untuk menggulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya akan membawa kepada kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, demikian ramal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak mengatakan supaya jangan tukar menteri besar, tetapi tahu apa akibatnya," katanya pada Isnin.

Selain itu beliau berkata mereka yang mahu menyingkirkan menteri besar itu sebenarnya "tidak mempunyai reputasi yang baik".

"Mereka menyebabkan BN tewas kepada PAS (pada tahun 2008). Oleh itu, jika mereka mengambil alih, kemungkinan mereka akan kalah dalam pilihan raya akan datang."

Sementara itu ketika ditanya apakah nasihat yang diberikan kepada Mukhriz, Dr Mahathir berkata: "Apa sahaja boleh berlaku dalam politik. Tak ada apa yang kekal. Anda ada rakan dan musuh. Kadang-kadang rakan untuk berkelakuan seperti musuh dan kadang-kadang musuh akan berkelakuan seperti kawan."

Rabu lepas, Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengetuai satu sekumpulan terdiri daripada 15 ketua bahagian Umno, Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen dari Kedah untuk menyuarakan kehilangan keyakinan mereka terhadap Mukhriz dan menuntut penyingkirannya sebagai Menteri Besar.

Dr Mahathir berkata sejak timbulnya isu itu, beliau tidak menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tegasnya, tiada nasihat yang perlu beliau beri kepada Najib.

"Saya berpendapat beliau perlu melakukannya (menangani perkara itu). Beliau pandai dan tak perlulah saya menasihati beliau," katanya.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan