Penyingkiran Mukhriz Mungkin Jadi Kenyataan

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 7:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dijangka berakhir.

Pengkritiknya yakin bahawa jika langkah mereka untuk menggulingkan Mukhriz berjalan mengikut perancangan, Kedah akan mendapat menteri besar baharu hari ini.

Kumpulan yang memulakan pemberontakan terhadap Mukhriz, diketuai Timbalan Ketua Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berjaya mendapat sokongan daripada majoriti wakil rakyat Barisan Nasional di negeri itu.

"Sehingga lewat petang ini, 19 wakil rakyat telah menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyatakan sokongan mereka terhadap penyingkiran menteri besar.

"Kesemua mereka telah mengesahkan SD mengatakan bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Mukhriz," kata sumber itu pada Ahad.

Daripada 19, 17 adalah dari Umno manakala dua lagi adalah dari MCA.

Antara yang terakhir menandatangani SD berkenaan ialah Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datin Nor Sabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Adun Kota Siputeh,Datuk Hasan Sarif.

Difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bertemu beberapa wakil rakyat Kedah di Langkawi pada Ahad.

Sumber lain berkata halangan akhir bagi kumpulan itu untuk mendapatkan persetujuan daripada istana Kedah.

Beliau berkata majlis angkat sumpah itu akan diadakan setelah pihak istana memberikan persetujuannya.

Beliau berkata Ahmad Bashah adalah calon utama untuk menggantikan Mukhriz namun istana telah meminta agar lebih banyak nama dimasukkan dalam senarai cadangan.

Nama lain yang turut disebut ialah sebagai pengganti untuk Mukhriz termasuk Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Adun Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini Japar.

Tags / Kata Kunci: Mukhriz Mahathir , Menteri Besar Kedah , Umno

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan