Pengganas Sudah Dipulihkan Bagi Deradikalisasi Ekstremis Di Bawah Pota - TPM

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 5:01 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia menggunakan pengganas yang sudah berjaya dipulihkan sebagai contoh dan teladan baik dalam kaedah untuk proses  deradikalisasi ekstremis, yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pota) 2015.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kaedah itu merupakan satu daripada empat bahagian dalam modul negara bagi program deradikalisasi dan pemulihan.

"Bekas pengganas atau individu yang sudah berjaya dipulihkan boleh menjadi contoh baik dan mampu memujuk bekas rakan seperjuangan untuk meninggalkan perjuangan mereka yang telah disalah tafsir.

"Mereka juga lebih berwibawa untuk menunjukkan mana-mana fakta penting berkaitan radikalisme yang telah disalah tafsir dan diselewengkan," katanya semasa menyampaikan kenyataan peringkat menteri berhubung Dasar Deradikalisasi antara negara-negara peserta pada Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) di sini Isnin.

Tiga lagi bahagian dalam program itu ialah pembabitan ulama yang mempunyai pengaruh lebih baik ke atas masyarakat setempat; pembabitan anggota keluarga kerana ia amat efektif dari segi psikologi dan kerohanian; dan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) yang amat penting untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang akibat negatif keganasan.

Tags / Kata Kunci: Pota , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan