Pelajar Malaysia Di Perancis Maut Ketika Bermain Ski

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 1:49 PM

Affiah Ariffin Hew

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Perancis, Affiah Ariffin Hew, meninggal dunia sehari selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di Nice, Perancis, Jumaat lepas.

Difahamkan Affiah, 23, pelajar di University of Nantes terbabit dalam kemalangan ski itu pada 22 Januari lepas menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal.

Ibu mangsa, Latipah Madon, yang kini berada di Perancis mengesahkan anaknya meninggal dunia kira-kira 7 malam Sabtu waktu tempatan (2 pagi Ahad waktu Malaysia) ketika dirawat di Hospital Chu Pasteur di Nice.

"Urusan membawa pulang jenazah anak saya ke Malaysia dijangka mengambil masa antara dua dan tiga hari," katanya kepada Bernama menerusi sistem pesanan Facebooknya hari ini.

Beliau berlepas ke Perancis pada pagi Sabtu lalu selepas dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) menerusi laman Facebooknya menyatakan Affiah terbabit dalam kemalangan ketika berski di Nice.

Menurut MASAF, mangsa dibawa ke Hospital Chu Pasteur untuk rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan koma.

"Kami ingin menzahirkan perasaan dukacita, hiba dan pilu dengan kejadian ini dan seterusnya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Affiah, semoga tabah dengan kehilangan insan tercinta," kata MASAF menerusi Facebook.

Tags / Kata Kunci: Affiah Ariffin Hew

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan