49 Pelajar SMK Sungai Layar Keracunan Makanan

Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 5:09 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seramai 49 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar di sini dikejarkan ke hospital awal pagi Isnin akibat keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kesemua pelajar tersebut mengalami sakit perut dan muntah tengah malam Ahad dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, kira-kira 7.00 pagi.

Beliau berkata, pelajar-pelajar tersebut mengadu mengalami tanda-tanda keracunan setelah makan ayam masak merah di kantin.

"Ini satu kes yang serius dan tindakan harus diambil dengan segera," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pelajar terbabit di hospital.

Beliau mengarahkan pegawai Jabatan Pendidikan negeri bekerjasama dengan pegawai kesihatan menjalankan siasatan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan