Polis Thailand Minta Pakar Penerbangan Periksa Serpihan Pesawat

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 12:58 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Pihak berkuasa di daerah Pak Phanang di selatan Thailand akan membawa pakar penerbangan untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada pesawat yang ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat.

Pegawai Polis Daerah Pak Phanang Sub Lt It Paijit Pongkaew berkata serpihan itu akan dibawa ke balai polis daerah itu bagi membolehkan pakar daripada sektor penerbangan dan tentera udara negara ini memeriksanya.

"Kami kini dalam proses menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan juga tentera udara, untuk membolehkan mereka memeriksa dengan lebih teliti serpihan dipercayai daripada pesawat itu," katanya kepada Bernama di sini menerusi telefon daripada Pak Phanang, Ahad.

Serpihan yang ditemukan itu, katanya, telah ditempatkan di kediaman ketua sub-daerah di Pak Phanang atas faktor keselamatan sebelum dipindahkan ke balai polis.

Semalam, penduduk kampung yang tinggal di kawasan pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand melaporkan tentang penemuan satu objek logam yang besar dipercayai daripada pesawat, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang.

Penemuan serpihan dipercayai daripada pesawat di pantai di selatan Thailand itu telah mendorong media negara ini membuat spekulasi mungkin ia ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dua tahun lepas.

Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Menurut It Paijit, walaupun serpihan ditemukan di pantai Nakhon Si Thammarat itu menyerupai bahagian pesawat, beliau bagaimanapun tidak dapat memastikannya tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar.

"Ia (serpihan) memang kelihatan seperti daripada pesawat tetapi biar pakar periksa objek itu terlebih dahulu," katanya dan menurutnya proses untuk memindahkan serpihan itu ke balai polis daerah akan mengambil masa dua jam.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan