Peniaga Online Wajib Daftar Syarikat - SSM

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 5:17 PM

Peniaga online wajib daftar syarikat. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peniaga dalam talian atau online, termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram, diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bagi mengelakkan wujud kes penipuan melibatkan pengguna.  

Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan menipu pembeli dengan menjual barangan tiruan. 

"Kita memahami bahawa aktiviti perniagaan online ini semakin mendapat perhatian ketika ini, namun kita harap mereka yang terlibat supaya mendaftarkan syarikat mereka dengan SSM. 

"Pendaftaran syarikat ini penting kerana ia bukan sahaja untuk memastikan perniagaan secara online dapat dikembangkan di negara ini, tetapi untuk memastikan perlindungan kepada para pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Karnival 'ONE SSM' di Plaza Alam Sentral di sini, Ahad.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd.Wahad Fenner dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan.

Beliau berkata selain itu, langkah tersebut juga dapat memudahkan pengguna memeriksa profil syarikat berkenaan sebelum membuat pembelian. 

Mengulas lanjut, Alias berkata sebanyak 30,000 perniagaan dalam talian telah didaftarkan di bawah SSM dalam tempoh 2012 sehingga Sabtu.  

"Pada tahun lepas sahaja, sebanyak 6,389 buah syarikat perniagaan online didaftarkan oleh SSM berbanding pada 2014 iaitu hanya 2,690. 

"Ini merupakan perkembangan positif dan kita harap pada tahun ini lebih banyak syarikat dalam talian berdaftar dengan SSM. 

"Dalam tempoh 2015, kita juga telah mengambil tindakan terhadap 478 pemilik perniagaan dalam talian di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan2001) kerana gagal mendaftarkan syarikat.

"Rekod menunjukkan jumlah itu berkurangan berbanding 553 pada 2014,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Peniaga Online , Wajib Daftar , SSM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan