Kepercayaan Tertentu Dorong Rakyat Malaysia Sertai Kumpulan Militan

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 8:37 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Apa yang membuatkan rakyat Malaysia menjadi militan? Profil mereka rata-ratanya menunjukkan mereka terdiri daripada pelbagai sebagai latar belakang, menurut seorang pakar yang telah membuat kajian tentang mereka.

Mereka yang menyertai kumpulan militan di Syria dan Iraq atau yang telah ditangkap kerana menjadi penyokong aktif, termasuklah individu berpangkat tinggi yang memegang gelaran kehormat, golongan profesional seperti doktor, golongan berpendidikan tinggi, ahli perniagaan, pelajar universiti, penganggur muda dan juga pelajar tercicir.

Pakar keganasan Ahmad El-Muhammady berkata, latar belakang mereka mungkin berbeza tetapi mereka mempunyai titik persamaan tertentu.

Beliau berkata, faktor umum adalah berdasarkan kepercayaan yang menarik mereka cenderung ke arah militan.

"Sesetengah daripada mereka datangnya daripada keluarga yang baik-baik, ada juga yang menganggur.

"Ada juga yang terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi atau mempunyai pengetahuan agama dan ada juga yang cetek atau langsung tidak mempunyai pemahaman tentang Islam," kata pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  dalam temu bual dengan The Star.

Beliau berkata orang yang berpengaruh yang mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat juga turut terlibat, memetik kes seorang Datuk yang terlibat dalam mengenal pasti pejuang yang berpotensi dan membiayai perjalanan mereka ke Syria.

"Terdapat juga kes seorang lelaki berusia 50-an yang mewarisi beberapa bidang tanah daripada keluarganya.

"Dia telah menjual sebidang tanah dan pergi ke Syria.

"Dia mahu wang itu digunakan untuk Islam dan ummah (persaudaraan Islam).

"Dia menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan dia ada di sana sekarang," katanya.

Ahmad berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dalam aktiviti keganasan bermula dengan niat murni untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam tetapi akhirnya mendapati diri mereka didedahkan kepada amalan yang bukan di bawah nama agama Islam.


Kes-kes di bawah adalah antara kes yang ditemui Ahmad sewaktu menjalankan kerjasamanya dengan pihak polis dalam penyelidikan dan pemulihan militan..

Nama-nama mereka telah ditukar atas sebab-sebab keselamatan (lihat grafik di bawah).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan