MH370: DCA Diarah Hubungi Pihak Berkuasa Thai Berhubung Penemuan Serpihan

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2016 10:46 AM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Serpihan yang disyaki milik sebuah pesawat yang ditemui bahagian pantai selatan Thailand tidak dapat disahkan milik MH370, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Sekarang ia masih lagi spekulasi," kata Menteri Pengangkutan kepada The Star di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, mengulas mengenai laporan berita mengenai serpihan tersebut.

Tiong Lai berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam untuk menghubungi rakan sejawatannya dari Thailand bagi mendapatkan pengesahan.

Tambahnya, orang ramai tidak sepatutnya berkongsi berita yang masih belum disahkan kerana ia akan menambahkan kesedihan ahli keluarga mangsa.

Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan pada Sabtu, menyebabkan timbul spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, yang hilang hampir dua tahun lalu.

Serpihan besar kepingan logam melengkung terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, di mana penduduk kampung telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pastinya, kata ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan kepada Reuters.

"Penduduk kampung menemui bangkai itu yang berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang," katanya.

MH370 hilang pada 8 Mac 2014, selepas berlepas dari Kuala Lumpur bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Pada 29 Julai 2015, sekeping sayap pesawat itu ditemui di Pulau Reunion dan dihantar ke Perancis untuk analisis selanjutnya.

Pada 6 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa sebahagian daripada flaperon yang ditemui di pulau itu adalah milik pesawat itu.
Tags / Kata Kunci: DCA , MH370 , Datuk Seri Liow Tiong Lai

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan