Thaipusam: Tidak Sempat Tunai Nazar, Maut Dilanggar Kereta

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 8:25 PM

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan mendengar rintihan seorang saksi di Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) berhubung kemalangan yang membabitkan perarakan Thaipusam di lebuhraya dekat Sri Petaling-Sungai Besi, Sabtu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagi K. Saravanan, 45, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Desa Petaling, tahun ini merupakan kali ketiga beliau berjalan kaki dari Seremban, Negeri Sembilan ke Batu Caves untuk menunaikan 'nazar' sempena sambutan Thaipusam pada Ahad.

Tahun ini juga merupakan kali terakhir beliau berbuat demikian, malah tidak sempat menunaikan nazarnya setelah maut dilanggar sebuah kereta dalam kejadian pagi Sabtu.

Adiknya, K. Sivapragasham, 41, berkata mendiang abangnya itu menyertai rombongan seramai 45 orang penganut Hindu yang memulakan perjalanan dari Kuil Sri Mahamariamman Seremban pada pukul 6 petang Khamis lepas.

"Abang saya bernazar untuk berjalan kaki ke Batu Caves, saya tidak sangka ini akan menjadi tahun terakhir buat abang saya," katanya dengan sedih kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan bilik forensik Hospital Kuala Lumpur di sini, Sabtu.

Beliau berkata, mendiang abangnya meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia 18 tahun.

Saravanan adalah antara tiga mangsa yang maut dalam kejadian pukul 8 pagi semasa kumpulan itu sedang berjalan kaki di lorong kecemasan dari arah Seremban sebelum dilanggar sebuah kereta jenis BMW berwarna hitam yang datang dari arah bertentangan.

Dua mangsa lagi ialah C. Kannan, 51, dan S. Papa, 53, dan kesemua mereka berasal dari Seremban.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai P. Mageswaran, 40, D. Darrshen, 18, dan S. Anjalai Devi, 44, dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan. 

Sivapragasham berkata, beliau tidak mengikuti rombongan itu kerana sibuk menyediakan makanan untuk mereka dan berhajat untuk mengedar makanan seperti roti canai, nasi lemak dan idli di stesen minyak berdekatan dengan tempat kejadian.

"Namun, tidak sempat berikutan kemalangan itu. Kali terakhir saya jumpa mendiang abang pagi semalam ketika saya mengedarkan makanan kepada mereka di Nilai, Negeri Sembilan," katanya.

Beliau yang mengetahui berita malang itu daripada orang awam yang berada di tempat kejadian terus bergegas ke lokasi berkenaan dan sayu apabila melibat mayat abangnya terlentang di atas jalan raya dengan kesan darah di mulut. 

Sementara itu, di HUKM, Mageswaran yang cedera di pinggang masih trauma setelah melihat kematian rakannya, seorang daripada mangsa yang maut, di hadapan matanya sendiri dalam kemalangan itu.

Isterinya, V. Sujatha, 41, memberitahu Bernama bahawa suaminya sukar menerima kenyataan bahawa rakannya sudah meninggal dunia, tetapi, pada masa yang sama, beliau lega kerana suaminya hanya mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, suaminya menghubunginya ketika kejadian berlaku dan sejam selepas itu, beliau berjaya menghubungi semula suaminya itu dan terus ke hospital dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

S. Parameswary, 33, berkata kakaknya, Anjalai Devi mengalami cedera parah di kepala dan sebahagian badannya.

Beliau berkata, kakaknya itu begitu patuh melakukan upacara keagamaan itu setiap tahun ketika Thaipusam dan sedih atas nasib yang menimpa Anjalai Devi.

"Kami menerima panggilan sekitar pukul 11 pagi daripada seorang rakan dan bergegas ke hospital dari Seremban Jaya, Negeri Sembilan," katanya.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Anjali, beliau melihat sekumpulan penganut Hindu berjalan kaki di laluan kecemasan lebuh raya itu sebelum susur keluar Desa Petaling ketika sebuah lori muatan gas melalui lokasi itu dan kemudian beliau melihat 'benda-benda bertaburan keluar daripada lori itu'.

"Saya ingatkan ia sampah, rupa-rupanya mayat yang melambung ke udara, sekurang-kurangnya 20 ke 30 kaki tinggi, kemudian saya lihat sebuah kereta BMW warna hitam memecut dari tempat kejadian," katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan