Tindakan Ketua Bahagian Kedah Ikut Perlembagaan - Ku Nan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 10:45 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah kerana mereka bertindak mengikut perlembagaan parti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata mereka hanya menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, dan menyerahkan sepenuhnya kepada presiden parti untuk membuat keputusan.

"Mereka menyuarakan tidak senang dengan ketua perhubungan UMNO negeri mereka, tetapi mereka kata terpulang kepada presiden parti untuk menentukan, bukan mereka desak supaya letak jawatan seperti (dilakukan) ketua cawangan.

"Mereka ikut perlembagaan, mereka ada perbincangan dahulu dalam kalangan mereka barulah mereka mengeluarkan kenyataan mengenai kurang senang terhadap ketua perhubungan mereka...itu memang ada dalam Perlembagaan UMNO," katanya kepada pemberita selepas melepaskan kira-kira 2,000 peserta Kayuhan Cinta Malaysia, di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan tindakan disiplin diambil terhadap beberapa Ketua Cawangan UMNO yang mendesak Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata Perlembagaan UMNO menetapkan ketua di peringkat cawangan, bahagian atau negeri boleh digugurkan jika dua pertiga daripada anggota jawatankuasa tidak bersetuju dengan ketua masing-masing.

"Ini lebih dua pertiga, jadi mereka suarakan dan minta presiden parti membuat keputusan, bukan desak (untuk letak jawatan) seperti dilakukan oleh ketua-ketua cawangan.

"Kita tahu ada cawangan-cawangan yang tidak sehaluan dengan ketua bahagian.

Jadi ada yang menangguk di air keruh menggunakan 20 peratus di peringkat cawangan yang tidak selari dengan bahagian ini.

"Jadi ini dua kaedah berbeza. Ada kata yang hendak bakar Perlembagaan UMNO, saya kata kalau hendak bakar baik berhenti sahaja jadi anggota UMNO," katanya.

Mengulas mengenai pertemuan Najib dengan Ketua-ketua Bahagian UMNO Kedah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, Tengku Adnan berkata pemimpin UMNO  Kedah sebulat suara bersetuju akan akur dan menunggu keputusan presiden parti.

Ditanya sama ada kemelut UMNO Kedah akan menjejaskan prestasi UMNO secara keseluruhannya, Tengku Adnan berkata ia bukan krisis tetapi hanya ketidakpuasan hati terhadap pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

"Saya juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, saya tahu kadang kala ada ketidakpuasan hati jika kita tidak tadbir dengan baik.

"Jika tidak urus dan kita biarkan anak-anak buah kita seperti ayam tidak beribu, mereka akan suarakan ketidakpuasan hati," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Umno

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan