Naib Presiden Harap Kemelut Umno Di Kedah Selesai

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kemelut politik yang melanda Kedah ketika ini dapat diselesaikan dengan semangat kekeluargaan, bijaksana dan rasional demi kelangsungan parti dan rakyat.

Menteri Pertahanan itu berkata sekiranya diselesaikan secara matang, apa jua kemelut yang berlaku di dalam UMNO negeri sudah tentu tidak akan membawa kesan yang teruk kepada parti dan rakyat.

"Saya tengok bahawa luahan dan pendirian kepimpinan bahagian-bahagian (UMNO) di Kedah banyak berkisar kepada pertimbangan mereka sendiri dan perkara itu juga sudah disampaikan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat.

"Sehubungan itu, saya harap isu ini ditangani secara matang, bijaksana bersandarkan perkara-perkara yang ada kaitan rapat dengan hala tuju UMNO Kedah dan pentadbiran kerajaan Kedah itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jiwa Murni Parlimen Sembrong di Felda Kahang Timur, di sini, Sabtu.

Menurut Hishammuddin, krisis politik di Kedah bukan sesuatu perkara baharu di peringkat negeri-negeri malah parti juga pernah melalui pelbagai keadaan yang mencabar sebelum ini.

Semalam, kepimpinan UMNO Kedah mengadakan pertemuan dengan Najib susulan desakan mereka sebelum ini yang mahukan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berundur.

Dua hari sebelum itu (20 Jan), hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah termasuk 14 Ketua UMNO Bahagian menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Tags / Kata Kunci: Umno , Kedah , Kluang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan