Lori Hantu Mungkin Perlu Didaftar

Diterbitkan: Sabtu, 23 Januari 2016 8:49 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang mewajibkan semua lori hantu didaftarkan selain menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cadangan itu masih di peringkat kajian tetapi ia adalah antara usaha meningkatkan penguatkuasaan terhadap lori hantu bagi mengatasi kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berkenaan.

"Kita kena pastikan lori hantu mengikut undang-undang dan melalui prosedur sama seperti kenderaan komersial lain," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat Cawangan JPJ Putrajaya di Presint 4, di sini, Jumaat.

Katanya dua kemalangan di Kajang dan Sabak Bernam baru-baru ini membabitkan pelajar amat menyayat hati, dan perlu diberi perhatian serta tindakan tegas terhadap lori hantu di negara ini.

Sementara itu, Liow berkata JPJ merancang membuka beberapa lagi pejabat cawangan baharu tahun ini di kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi penduduk.

"Selepas Putrajaya, JPJ akan membuka satu lagi cawangan di Manjalara, Kepong pada Mei ini bagi mengurangkan kesesakan di pejabat JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur," katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata orang ramai kini boleh memberi cadangan bagi menambah baik Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara).

"Orang ramai boleh memberi cadangan di mana jalan atau lebuh raya yang sesuai diletakkan kamera AES," katanya.

"Bagi Kejara, contohnya apabila 20 markah dipotong, maka lesen memandu digantung selama satu tahun dan mungkin gantikan satu tahun itu dengan kursus pemulihan kepada pemandu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Liow percaya pengenalan sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang akan bermula pada Mei ini dapat menangani sindiket kereta klon di negara ini.

"Sistem berkenaan akan mendaftarkan kereta asing kebanyakannya dari Singapura di pintu masuk negara bagi mengelakkan kenderaan berkenaan diklonkan sebelum dijual dengan harga murah di negara ini," katanya.

Liow berkata terdapat 2,000 hingga 3,000 kereta klon di Malaysia dan sebanyak 707 kenderaan klon disita JPJ tahun lepas.

Tags / Kata Kunci: JPJ , Lori Hantu

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan