Polis Beri Amaran Peserta Himpunan Bantah TPPA Jauhi Dataran Merdeka

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 9:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada peserta himpunan Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Sabtu supaya menjauhi kawasan Dataran Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang dan menggesa para peserta mengikut nasihat polis supaya berhimpun di Padang Merbok.

"Kita menggesan para peserta himpunan untuk tidak berhimpun di Dataran dan hanya berhimpun di Padang Merbok," katanya pada sidang media, Jumaat.

"Kita telah bertemu dengan penganjur dan semasa pertemuan kedua itu, mereka telah bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok sekiranya mereka tidak mendapat kebenaran DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) untuk berhimpun di Dataran Merdeka," katanya sambil menambah bahawa DBKL pada Khamis telah memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan himpunan di Padang Merbok.

Zainol turut menggesa para perserta supaya memastikan perhimpunan diadakan secara aman.

"Saya tidak boleh kata (himpunan) adalah sah atau tidak. Ia dipanggil himpunan aman, maka ia perlu berjalan secara aman. Jika tidak aman, polis akan siasat," katanya ketika ditanya sama ada ia merupakan himpunan haram atau tidak.

"Sebagai contoh, sekiranya peserta membawa anak-anak, melakukan provokasi atau berarak di jalanan, ia adalah salah. Jika terdapat insiden-insiden seperti ini, polis perlu siasat. Ia bergantung sama ada peserta melanggar undang-undang atau tidak," katanya.

Tambahnya, Jala Raja turut ditutup bermula 12 pagi Sabtu.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan