Penyokong Mukhriz Mahu Konflik Diselesaikan Cara Baik - Berita Semasa | mStar

Penyokong Mukhriz Mahu Konflik Diselesaikan Cara Baik

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 9:05 PM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Kira-kira 100 orang termasuk wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat berhimpun di Dataran Zero Kilometer di sini, bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Pada masa sama, peserta perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat itu, turut berharap kemelut kepimpinan di Kedah itu diselesaikan secara baik.

Wakil peserta perhimpunan yang juga Pengerusi Perkasa Merbok, Mejar Anuar Abdul Hamid berkata, masalah yang membabitkan pemimpin-pemimpin Umno negeri itu menjadi besar kerana dibangkitkan secara terbuka.

"Perkara ini boleh diselesaikan secara baik, bila mereka buat secara terbuka, inilah reaksinya (perhimpunan)," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Sejak dua hari lepas, Mukhriz menerima tekanan daripada beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen Umno Kedah, serta pemimpin kanan Umno negeri yang menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Anuar berkata susulan situasi yang berlaku itu, 'suhu' politik di Kedah semakin panas dan ia tidak baik untuk negeri dan negara.

"Mukhriz baru tiga tahun mentadbir negeri, jika nak buang atau usir, itu tidak betul," katanya.

Perhimpunan itu dikatakan akan dihadiri oleh Mukhriz, namun sehingga perhimpunan itu berakhir, kelibat Menteri Besar itu tidak kelihatan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mukhriz Mahathir
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan