Pembersihan Sisa Bauksit Dijangka Selesai Awal Februari - Bomba

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Kerja-kerja pembersihan sisa bauksit diKuantan, Pahang dijangka selesai awal Februari, kata Ketua Pengarah Bomba danPenyelamat Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim.

Beliau berkata setakat ini, 30 peratus daripada kawasan yang tercemar dengan sisa bauksit telah dibersihkan. 

"Kita berjaya bersihkan kira-kira lima peratus sehari dan kita jangka kerja pembersihan selesai awal bulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kawalan Kecemasan PLC Group di sini, Jumaat. 

Wan Mohd Noor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kerja-kerja pembersihan sisa bauksit oleh pihak bomba di Kuantan. 

Sementara itu, beliau berkata satu prosedur operasi standard (SOP) perlu diwujudkan bagi memastikan kawasan berkenaan tidak dicemari sisa bauksit selepas kerja pembersihan selesai dilakukan.

"Jika kawasan lombong bauksit itu akan beroperasi lagi selepas ini, satu SOP baru perlu diwujudkan supaya kawasan itu bebas daripada pencemaran sisa bauksit," katanya. 

Pada Khamis, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Morni Mamat dilaporkan berkata laluan sepanjang 30 kilometer Jalan Pintasan Kuantan menghala ke pelabuhan sudah dibersihkan daripada sisa bauksit dalam tempoh seminggu kerja-kerja pembersihan dilakukan. 

Katanya, laluan itu meliputi Kampung Padang di Bukit Goh hingga ke kawasan perindustrian Gebeng di sini. 

Morni berkata operasi pembersihan dijalankan setiap hari bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang, sejak dimulakan pada 14 Januari lalu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bauksit , Kuantan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan