Usah Risau Untuk Berkunjung Ke Batu Caves - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 22 Januari 2016 8:55 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Penganut-penganut agama Hindu dan pelawat tidak perlu risau untuk hadir ke Batu Caves sempena sambutan perayaan Thaipusam berikutan pelbagai laporan serangan pengganas sejak akhir-akhir ini.

Pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia telah ditempatkan di Batu Caves sejak Khamis lalu bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Ali Ahmad berkata,sejumlah pegawai dan anggota polis telah ditempatkan di lima zon di sekitar Batu Caves.

Jelas beliau kawalan keselamatan bagi sambutan perayaan ini telah ditingkatkan ekoran laporan pelbagai serangan pengganas di seluruh dunia.

"Walaupun serangan pengganas berlaku di luar negara, kami turut mengambil langkah keselamatan di Batu Caves.

"Malah bukan sahaja di Batu Caves, tetapi kawalan keselamatan diperketatkan ke seluruh negara.

"Kami mempunyai anggota yang mencukupi, sama ada berpakaian unifom atau berpakaian biasa bagi menjalankan tugas di Batu Caves ini," jelasnya.

Menurut beliau, sepuluh anggota tentera bakal menjalankan tugas secara bergilir bagi memantau lima zon utama di sini.

"Saya tidak kata aktiviti pengganas itu akan berlaku di Batu Caves. Aktiviti ini boleh berlaku di mana-mana.

"Dan kita tidak boleh jangka dengan perkara ini tetapi kita perlu  bersedia bagi sebarang kemungkinan," tambahya.

Sementara itu, Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman, Tan Sri R.Nadarajah berkata, pengunjung tidak perlu risau untuk hadir bagi sambutan ini.

"Jangan dengar khabar angin yang tersebar di media sosial," katanya.

Katanya pihak penganjur juga turut memberi kejasama kepada polis bagi memastikan keselamatan sepanjang sambutan perayaan ini.

"Anggota keselamatan persendirian turut terlibat bagi tujuan keselamatan," tambahnya.

Lebih kurang sejuta orang dijangka hadir di Batu Caves tahun ini bagi perayaan Thaipusam yang akan disambut Isnin ini.

Tags / Kata Kunci: Batu Caves , Thaipusam , keselamatan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan