Ramai Beri Sokongan Di Instagram Anak Perempuan Mukhriz

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Para penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberikan kata-kata sokongan di akaun Instagram milik anak perempuan Menteri Besar Kedah itu.

Anak perempuan Mukhriz, Meera Alyanna memuat naik sekeping gambar lama bersama bapanya di laman sosial yang diikuti 32,000 pengikut, tanpa sebarang kapsyen.

Para penyokong dilihat memberikan pesanan yang berupa kata-kata sokongan seperti daripada Ellisya Aiman yang berkata "Saya berharap kedua-dua anda dan bapa anda melihat betapa ramai kami di belakang beliau".

Rata-rata yang memberi komen menasihatkan Meera Alyanna sekeluarga supaya tabah mengharungi krisis tersebut.

'Posting' di Instagram itu mendapat tanda suka 'liked' lebih 989 kali dengan lebih 60 komen.

Paparan yang dimuat naik di Instagram Meera Alyanna mungkin samar-samar tetapi Meera Alyanna tampil bersuara di laman sosial Twitter.

"In Mukhriz we trust. May the force be with you papa," katanya di Twitter menerusi akaun @ally_mukhriz pada pukul 11.51 malam 20 Januari.

Kenyataan tersebut telah di'retweet' lebih 149 kali dengan lebih 65 'like'.


Tags / Kata Kunci: Meera Alyanna , Mukhriz Mahathir

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan