Isteri Sebak Terima Barang Peribadi Juruterbang MH17

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isteri kepada juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin sebak apabila dimaklumkan bakal menerima barangan peribadi milik suaminya ketika mengendalikan pesawat yang terbabit dalam nahas pada 17 Julai 2014.

Mariyam Yusoff berkata, dia mendapat panggilan daripada pihak MAS pada Selasa lalu untuk serahan barang berkenaan.

Bagaimanapun kerana perlu menguruskan hal peribadi, katanya, serahan itu hanya dapat dibuat pada petang Khamis.

"MAS ada call beritahu yang mereka ada terima barang-barang milik arwah dari Belanda.

"Saya diberitahu nanti ada seorang kapten MAS yang juga rakan arwah dan mungkin seorang lagi wakil MAS akan datang ke rumah untuk menyerahkan barang itu petang ini," katanya kepada mStar Online.

Tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine 17 Julai dua tahun lalu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur mengorbankan kesemua 295 penumpang dan anak kapal.

Menurut Mariyam, perasannya bercampur-baur saat mendapat berita mengenai barang-barang peribadi milik arwah suami.

"Selama ini saya sering mendoakan keberkatan dan kesejahteraan arwah. Saya juga selalu menatap gambar-gambar dia bagi mengubat kerinduan, seolah-olah dia ada di sisi saya.

"Bila nak terima barang ni rasa sebak pula sebab hakikatnya dia sudah lama meninggalkan kami anak-beranak selama setahun enam bulan. Saya tak pasti macam mana rasanya nanti," katanya sebak dengan nada tersekat-sekat.

Bagaimanapun ibu kepada Wan Yunus Uzair, 13, dan Wan Yusuf Irfan, 11, ini bersyukur walaupun tidak tahu apakah barang-barang tersebut.

"MAS hanya beritahu saya barang-barang itu disimpan di dalam kotak. Saya hanya boleh bayangkan mungkin baju-baju arwah yang dibawa untuk berlepas ke Amsterdam pada 15 Julai, beberapa hari sebelum nahas.

"Bagaimanapun, saya kena tunggu anak saya Wan Yunus pulang bercuti dari sekolah asrama esok (Jumaat). Saya hendak buka kotak itu nanti bersama kedua-dua anak saya, anak arwah juga," katanya.

Sementara itu, Ivy Loi, isteri kepada seorang lagi juruterbang MH17, mendiang Eugene Choo turut memaklumkan dia ada menerima panggilan daripada MAS baru-baru ini berhubung barang-barang milik suaminya.

Ivy bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Mohamed Salleh, bapa kepada pramugari, Allahyarham Nur Shazana pula memberitahu setakat ini tiada panggilan daripada syarikat penerbangan itu mengenai barang-barang peribadi milik anaknya.

"Saya tak terima panggilan pasal hal itu. Tetapi, jika ada saya akan terima, jika tak ada, tak apa," katanya dengan reda.





Tags / Kata Kunci: MAS , Wan Amran Wan Hussin , Mariyam Yusoff , MH17

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan