Saya Tetap Setia Kepada Umno - Mukhriz

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 8:35 PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama isteri Toh Puan Norzieta selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama anggota Umno Bahagian Jerlun, di Alor Setar, Khamis. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan bahawa beliau tetap setia kepada Umno dan menolak andaian akan melompat ke parti lain.

Katanya apa yang beliau hendak lakukan ketika ini adalah memperkuatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 supaya Umno menang lebih besar.

Berucap di majlis perjumpaan bersama anggota Umno Bahagian Jerlun, di sini Khamis, beliau berkata usaha memperkuat parti memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak agar semua strategi pembangunan dirancang membuahkan kejayaan demi rakyat negeri ini.

Mukhriz, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, berkata beliau bersedia untuk berundur jika terdapat pemimpin yang lebih baik daripadanya dan mendapat sokongan penuh rakyat.

"Kalau saya buat tak betul dan dirasakan saya ni tak bagus, ada orang yang lebih bagus jadi letaklah siapa-siapa, saya akan sokong selagi orang itu lebih baik daripada saya...boleh diyakini oleh rakyat negeri Kedah ini.

"Kalau tak dak pasal apa nak tukar. Ini bukan soal 14 orang tidak yakin dengan saya, yang penting ialah dua juta rakyat Kedah yakin dengan saya. Bukan saya nak mencabar tetapi saya nak yang terbaik bagi parti dan rakyat negeri Kedah," katanya.

Beliau berkata tindakan kebanyakan kepimpinan Umno Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya mungkin disebabkan percakapan beliau yang sedikit telus mengenai perkara-perkara tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak senang kepada beberapa pihak.

Semalam, Mukhriz menerima kejutan apabila sekumpulan pemimpin Umno negeri  menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan