Jabatan Perumahan Negara Pantau Penyewaan Rumah PPR

Diterbitkan: Khamis, 21 Januari 2016 8:15 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA:  Jabatan Perumahan Negara (JPN) akan menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan penyewaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Pemantauan itu dilakukan susulan isu penyewaan rumah PPR kepada penghuni yang tidak layak atau pihak ketiga termasuk warga asing sering dilaporkan di media massa.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohamad Yusoff Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata keadaan itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah sosial dan jenayah yang mengakibatkan ketidakselesaan kepada penghuni lain.

Katanya pemantauan seperti yang dicadangkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan itu turut dipersetujui wakil Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

"Oleh itu, JPN akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, PBT dan agensi penguatkuasaan yang lain di seluruh negara dalam masa yang terdekat bagi memastikan masalah ini diatasi segera," katanya.

Mohamad Yusoff berkata pihaknya juga telah meminta kerajaan negeri mengemaskinikan maklumat penyewa rumah PPR di negeri masing-masing bagi menyusun gerak kerja pelaksanaan penguatkuasaan dan pemantauan.

"Ini termasuk mengeluarkan notis amaran, tindakan pengambilan balik rumah dan menyenaraihitamkan pemilik rumah PPR yang menyewakan unit mereka kepada warga asing," katanya.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui JPN bertanggungjawab menyediakan dua kategori PPR iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

PPR yang telah siap dibina akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada penghuni yang layak.

PPR Dimiliki dijual antara harga RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak, manakala kadar sewaan rumah PPR Disewa ialah RM124 sebulan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan